BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

About Me

My photo
Nur Badriah, Norafidah, Norehan, Norsyahrain dan Syazareen. Pelajar Komunikasi tahun 2, Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah. Major Perhubungan Awam dan Periklanan.

Thursday, October 1, 2009

h1n1?


macam dah menyepi ja isu ni...dah ada penawar kah?
kalau awal dulu, hampir semua orang bimbang dan asyik mempersoalkan isu ini, tapi kenapa sekarang seakan membisu sahaja?adakah krisis h1n1 sudah tamat?
belum lagi, tapi mungkin kerajaan sedang mencuba yang terbaik bagi mencari jalan penyelesaian bagi isu ini.. apa-apa pun, jangan ambil mudah tentang isu seperti ni, sama-sama lah kita menjaga kesihatan dengan mengamalkan kebersihan dan langkah-langkah mencegah h1n1. amalkan amalan sihat bagi mencegah h1n1..sihat Malaysia...

Friday, September 18, 2009

~~~Selamat Hari Raya~~~

ramadhan dah nak pergi..syawal pula datang.....setelah sebulan berpuasa akhirnya kita beraya...yeay!!! raya sudah ni...semua pun balik kampung masing2....kawan2 semua....mari kita kongsi kenangan di hari raya di blog ini...check it out!!!


http://hanayu-atomen.blogspot.com/

Tuesday, September 1, 2009



NIGHT LIFE
Kenapa ia sering dikaikan dengan remaja.

Kita selaku remaja sering dikaitkan dengan aktiviti "night life", seperti keluar malam untuk melepak, merempit, racing kereta, clubbing dan sebagainya. Krew Potpet2 kami telah meninjau dan cuba berkomunikasi dengan golongan ini untuk mengetahui apa sebenarnya peranan budaya ini dalam kehidupan remaja sehinggakan setiap yang bergelar remaja dianggap rugi jika tidak mencuba. Sebelum itu kami ingin menegaskan bahawa tidak semua remaja yang dikaitkan dengan kegiatan ini, tetapi majoriti golonngan ini sering dikaitkan dengannya.
Malam 31 Ogos 2009, kami menjangkakan memang ramai remaja akan turun padang meraikan kemerdekaan dan tentunya tempat-tempat awam menjadi tumpuan. Kami meninjau disekitar Bandaraya Kota Kinabalu menyaksikan sendiri tetamu malam merempit, kaki lepak mengunjungi kawasan awam seperiti di Waterfront dan Todak, dan ramai lagi yang masing-msing mempunyai aktiviti malam merdeka mereka. Semuanya kelihatan seronok dan ada yang semenangnya bersemangat waja, berjiwa patriotik menyambut kemeredekaan tahun ini.
Pengalaman kami mendapati "night life" tidaklah seteruk yang 'pengkritik' selalu sangkakan. Remaja yang hadir kebanyakannya adalah pelajar, ada diantara mereka yang membuat assignment. Mungkin mereka lebih selesa menyiapkan tugasan dengan suasana begitu, kurang tekanan dan dikelilingi kawan-kawan seangkatan mereka yang boleh diajak untuk berkongsi idea. Ada juga yang sekadar ingin berjumpa kawan kerana kesibukan pagi yang sentiasa menghalang, sekali sekala membazirkan waktu tidur untuk bersama kawan-kawan rapat berkongsi masalah dan bertukar-tukar pendapat.
Dalam bulan puasa semestinya terdapat kelainan kerana ada juga yang bersahur, jam 3.30 pagi kawasan tumpuan tadi sedikit demi sedikit ditinggalkan. Ketika kami mencari tempat untuk bersahur kami mendapati kedai dan warung-warung makan semua dipenuhi remaja-remaja tadi. Terkejut juga kerana mereka turut berpuasa, itulah sebabnya kita tidak boleh menilai sesuka hati selagi kita tidak mencubanya sendiri. Selepas merasai pengalaman ini, kami mengambil keputusan untuk tidak menilai mereka secara membabi buta, hanya sebilangan kecil saja yang mungkin mendatangkan bahaya, itupun jika kita yang cari pasal dengan mereka. Bagi kami asalkan kita tahu membawa diri dan sentiasa mengawal tindakan serta berfikir secara rasional, mungkin kita akan beroleh kepuasan diri contohnya jika ingin mengurangkan tekanan maka tekanan akan berkurang. Mereka juga sebenarnya boleh dibawa berkawan.
Yang pasti 'Don't Jugde The Book By It's Cover'. Dan kita sebagai pelajar universiti yang sering mencetuskan sesuatu ideologi masyarakat, juga pelajar yang "cakap-cakapnya" seolah-olah bernas walaupun itu pendapat diri sendiri namun dipercayai pula oleh orang kampung sehingga mempengaruhi pendapat mereka tentang sesebuah isu. Kita juga yang tahu berkomunikasi dan menyampaikan maklumat namun sering merasakan diri kita sentiasa betul dan serba tahu. Diharap sentiasa memastikan setiap andaian dan penilaian kita adalah rasional dan betul-betul matang.

Thursday, August 27, 2009

Bersederhana dalam Ramadhan.

Selamat berpuasa kepada semua umat islam terutamnya kepada pelajar UMS. Jadikan lah bulan ramadhan kali ini sebagai landasan untuk kita berubah kearah kebaikan semoga kita semakin mengenali diri kita yang sebenarnya. Pesanan kami daripada Pot-pet2 team supaya anda dapat mengawal nafsu makan... penting untuk kesihatan, biarlah bersederhana. masa sungkai terutamnya makan apa yang patut saja.. (jangan balas dendam), mentang-mentang lah dah tahan lapar seharian.. apa-apapun, duit anda, hak anda, diri anda.. selamat berpuasa...

Tuesday, July 28, 2009

PENTINGNYA MEDIA MASSA

Pentingkah media massa? Sudah tentu ia penting, jika tidak mengapa mantan perdana menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyarankan penggunaan media massa dikalangan masyarakat dikala era pemerintahannya. Dalam dunia yang serba membangun ini, media massa memainkan peranan yang amat penting sekali terutama dalam mendidik rakyat serta mampu menentukan arah kehidupan masyarakat. Media cukup penting terutama bagi merealisasikan impian masyarakat ke arah kehidupan yang lebih moden sejajar dengan matlamat negara bagi mencapai. Wawasan 2020. Namun, sejauh manakah pernyataan ini?
Seperti yang telah kita ketahui, media massa merupakan saluran penyebaran maklumat yang terpantas dan yang terutama di Malaysia. kepentingan media sebagai satu saluran penyebaran maklumat telah terbukti dengan wujudnya 'Information Technology' atau dalam bahasa melayunya 'Teknologi Maklumat'. Internet digunakan dengan meluas dinihari kerana kebolehannya memberikan maklumat yang cepat dan padat walaupun maklumat itu belum lagi dipastikan kesahihannya. Selain itu, maklumat juga dapat diperolehi melalui cabang-cabang media massa yang lain seperti televisyen, radio, akhbar, majalah dan sebagainya. Bertitik tolak dari situlah, media massa dikatakan mampu meningkatkan taraf sosial seseorang individu melalui penerimaan maklumat terkini dan menggunakan peralatan moden dan terkini. Justeru itu, media massa dapat menentukan arah kehidupan masyarakat ke tahap yang lebih tinggi dan pemodenan negara dapat dilaksanakan.
Kepentingngan media bukan sekadar menyampaikan info-info terkini, malah ianya juga dapat meningkatkan cendekiawan di Negara kita. Dengan kemajuan media di Malaysia yang berterusan secara mendadak ini juga telah melahirkan golongan elit dan professional yang meneraju pembangunan Negara. Sebagai contoh, media massa yang terdiri dari media elektronik dan media cetak telah melahirkan usahawan yang berjaya, arkitek, pakar perubatan dan sebagainya. Lahirnya golongan elit ini sebenarnya bermula apabila maklumat-maklumat dan sumber ilmu pengetahuan dapat disebarkan dengan pantas melalui media massa. Perkembangan ilmu melalui media massa sekaligus dapat meningkatkan pengetahuan masyarakat, sebagai contoh, internet yang digunakan dikalangan pelajar dapat membantu mereka berhubung dan berkongsi ilmu serta pengetahuan yang ada. Jadi, tidak hairanlah jika ramai dikalangan generasi sekarang bijak pandai dalam mengakses ilmu yang mudah diperolehi ini. Namun begitu, adakah semua yang disebarkan itu ilmu?
Konsep media massa yang sebenarnya adalah untuk menyebarkan maklumat dan ilmu pengetahuan dari seorang individu kepada individu yang lain atau kepada khalayak. Namun begitu, terdapat juga segelintir pengamal media menjadikan media sebagai satu saluran untuk menyebarkan propaganda mereka sendiri. Tetapi tidak semua pengamal media menjalankan aktiviti berkenaan. Jika diperhatikan secara teliti, media massa sebenarnya dikuasai oleh orang persendirian yang terdiri dari orang kerajaan. Untuk mencapai kekayaan mereka sendiri, media dijadikan sebagai satu saluran untuk menghebahkan unsur hiburan kepada generasi muda zaman sekarang. Kelalaian inilah yang menyebabkan keruntuhan akhlak dikalangan generasi muda hinggakan ramai dikalangan mereka secara langsung telah mengabaikan maklumat penting yang dikatakan sebagai ilmu pengetahuan. Tidak hairanlah mengapa generasi sekarang lebih gemar berfesyen mengikut budaya Barat malah berkelakuan seperti masyarakat Barat.
Berbalik kepada kepentingan media massa. Di Malaysia khususnya, media dijadikan satu saluran utama dalam menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan selain di bilik darjah atau kuliah-kuliah. Oleh sebab itulah, Perdana Menteri Malaysia meyarankan pendedahan penggunaan media massa terhadap setiap lapisan masyarakat dan tidak hanya tertumpu kepada masyarakat bandar sahaja. Ini supaya masyarakat luar bandar tidak tercicir daripada arus pemodenan dan seterusnya mendapat maklumat yang sama. Dengan ini, jumlah intelektual di negara ini dapat ditingkatkan dengan pembabitan setiap lapisan masyarakat bandar mahupun luar bandar.
Selain itu, media massa juga mampu memupuk sikap gemar membaca di kalangan masyarakat. Pemupukan sikap gemar membaca tidak hanya tertumpu kepada golongan pelajar sahaja, malahan penglibatan setiap anggota masyarakat adalah amat digalakkan. Institusi-institusi swasta boleh mengambil langkah yang sama iaitu dengan menyediakan perpustakaan agar minat membaca dapat ditanam di kalangan pekerja dan di samping itu, masa tidak terbuang begitu sahaja malah ianya dimanfaatkan dengan membaca samada dari majalah, komik, surat khabar mahupun internet. Dengan ini, penggunaan media massa sebagai satu cara memupuk minat membaca tidak dapat dinafikan lagi.
Kepentingan media bukan sahaja untuk menyebarkan ilmu dan maklumat kepada masyarakat, malah ia juga berfungsi sebagai mata dan telinga masyarakat. Media mampu memberi amaran dengan pantas kepada masyarakat dalam Negara, sebagai contoh, penularan virus terbaru iaitu influenza A(H1N1). Dalam kes ini, media telah memainkan peranan sebagai menjaga dan melindungi masyarakat dengan menyampaikan tips atau langkah berjaga-jaga bagi mengatasi masalah ini. Media bukan sahaja berfungsi sebagai mata dan telinga, malah ia juga pelindung kepada masyarakat terutama seperti kes tersebut.
Jesteru itu, penggunaan media massa telah sedikit sebanyak mendidik rakyat ke arah kehidupan yang lebih baik dan selesa. Masyarakat yang berdaya fikir tinggi sejajar dengan wawasan Malaysia dapat dibentuk dan arus pemodenan negara dapat dijalankan dengan berjayanya tanpa sebarang halangan yang mampu menggugat kestabilan ekonomi dan politik negara.


Monday, July 20, 2009

apa itu IT??

Istilah IT adalah merupakan singkatan daripada Information Teknologi atau dalam bahasa Malaysia ianya di panggil sebagai Teknologi Maklumat. teknologi maklumat bukan lah sesuatu yang asing lagi bagi seluruh masyarakat dunia. bahkan ianya sudah menjadi trend hidup masyarakat zaman ini. seperti yang sudah kita maklum, negara kita Malaysia amat menggalakkan pembelajaran dan pengajaran IT di semua peringkat sekolah. dengan kata lain, IT merupakan suatu ilmu baru yang sememangnya wajib untuk kita pelajari agar kita tidak dikatakan seperti " katak di bawah tempurung" yang hanya tahu mengenai kehidupannya di bawah tempurung yang sempit tanpa mengenali erti sebenar kehidupan luar serta cetek ilmu pengetahuannya.

IT pada amnya adalah sesuatu yang berkaitan dengan maklumat. Berlandaskan ini, masyarat yang kaya maklumat seringkali dikaitkan dengan masyarakat berasaskan ilmu. Masyarakat ini amat yakin dengan keupyaan mencari, mengguna dan menguruskan maklumat di dalam struktur dan infrastruktur sosio-ekonominya dan seterusnya menjana ilmu baru yang boleh disebar dan dikongsi bersama. Sebuah masyarakat yang kaya maklumat? Masyarakat kaya maklumat atau masyarakat berasaskan ilmu memerlukan kewujudan faktor-faktor yang boleh menyokong dan ianya meliputi lima keadaan: kewujudan persekitaran info-struktur yang sesuai, infrastruktur yang mantap dan berkeyakinan, komuniti yang celik ICT, komuniti yang mempunyai kemahiran maklumat yang berkaitan, dan kewujudan governans yang menyokong.


http://hanayu-atomen.blogspot.com/

Kelehihan ICT :

Pada masa kini peggunaan internet memang popular dikalangan pelajar mahupun masyarakat yang berkerjaya. Masyarakat pada hari ini sudah celik IT. Mereka sudah maju kehadapan seiring dengan arus kemodenan. Banyak kelebihan dalam mengunakan ICT antaranya dapat meningkatkan kefahaman dan penguasan masyarakat terutama pelajar dalam bidang ICT. Mereka juga dapat meningkatkan penguasaan ICT. Selain itu untuk memupuk daya kretiviti dan daya imaginasi yang baik dalam kalangan pelajar mahupun pekerja yang mahukan sesuatu yang baru. Mereka juga dapat mengekses maklumat tanpa halangan. Maklumat yang susah dan mahal untuk didapati dapat di temui apabila mengekses dan klik sahaja butang , semua maklumat boleh dijumpai. Masyarakat juga dapat berhubung dengan orang yang berda di semua negara dan berkongsi maklumat dan idea dengan mereka.