BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

About Me

My photo
Nur Badriah, Norafidah, Norehan, Norsyahrain dan Syazareen. Pelajar Komunikasi tahun 2, Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah. Major Perhubungan Awam dan Periklanan.

Tuesday, September 1, 2009



NIGHT LIFE
Kenapa ia sering dikaikan dengan remaja.

Kita selaku remaja sering dikaitkan dengan aktiviti "night life", seperti keluar malam untuk melepak, merempit, racing kereta, clubbing dan sebagainya. Krew Potpet2 kami telah meninjau dan cuba berkomunikasi dengan golongan ini untuk mengetahui apa sebenarnya peranan budaya ini dalam kehidupan remaja sehinggakan setiap yang bergelar remaja dianggap rugi jika tidak mencuba. Sebelum itu kami ingin menegaskan bahawa tidak semua remaja yang dikaitkan dengan kegiatan ini, tetapi majoriti golonngan ini sering dikaitkan dengannya.
Malam 31 Ogos 2009, kami menjangkakan memang ramai remaja akan turun padang meraikan kemerdekaan dan tentunya tempat-tempat awam menjadi tumpuan. Kami meninjau disekitar Bandaraya Kota Kinabalu menyaksikan sendiri tetamu malam merempit, kaki lepak mengunjungi kawasan awam seperiti di Waterfront dan Todak, dan ramai lagi yang masing-msing mempunyai aktiviti malam merdeka mereka. Semuanya kelihatan seronok dan ada yang semenangnya bersemangat waja, berjiwa patriotik menyambut kemeredekaan tahun ini.
Pengalaman kami mendapati "night life" tidaklah seteruk yang 'pengkritik' selalu sangkakan. Remaja yang hadir kebanyakannya adalah pelajar, ada diantara mereka yang membuat assignment. Mungkin mereka lebih selesa menyiapkan tugasan dengan suasana begitu, kurang tekanan dan dikelilingi kawan-kawan seangkatan mereka yang boleh diajak untuk berkongsi idea. Ada juga yang sekadar ingin berjumpa kawan kerana kesibukan pagi yang sentiasa menghalang, sekali sekala membazirkan waktu tidur untuk bersama kawan-kawan rapat berkongsi masalah dan bertukar-tukar pendapat.
Dalam bulan puasa semestinya terdapat kelainan kerana ada juga yang bersahur, jam 3.30 pagi kawasan tumpuan tadi sedikit demi sedikit ditinggalkan. Ketika kami mencari tempat untuk bersahur kami mendapati kedai dan warung-warung makan semua dipenuhi remaja-remaja tadi. Terkejut juga kerana mereka turut berpuasa, itulah sebabnya kita tidak boleh menilai sesuka hati selagi kita tidak mencubanya sendiri. Selepas merasai pengalaman ini, kami mengambil keputusan untuk tidak menilai mereka secara membabi buta, hanya sebilangan kecil saja yang mungkin mendatangkan bahaya, itupun jika kita yang cari pasal dengan mereka. Bagi kami asalkan kita tahu membawa diri dan sentiasa mengawal tindakan serta berfikir secara rasional, mungkin kita akan beroleh kepuasan diri contohnya jika ingin mengurangkan tekanan maka tekanan akan berkurang. Mereka juga sebenarnya boleh dibawa berkawan.
Yang pasti 'Don't Jugde The Book By It's Cover'. Dan kita sebagai pelajar universiti yang sering mencetuskan sesuatu ideologi masyarakat, juga pelajar yang "cakap-cakapnya" seolah-olah bernas walaupun itu pendapat diri sendiri namun dipercayai pula oleh orang kampung sehingga mempengaruhi pendapat mereka tentang sesebuah isu. Kita juga yang tahu berkomunikasi dan menyampaikan maklumat namun sering merasakan diri kita sentiasa betul dan serba tahu. Diharap sentiasa memastikan setiap andaian dan penilaian kita adalah rasional dan betul-betul matang.

1 comments:

Anonymous said...

x bole mcm2 kalo nk lepak malam.. msti berani yg pnting jgn buang tbiat..alloud87