BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

About Me

My photo
Nur Badriah, Norafidah, Norehan, Norsyahrain dan Syazareen. Pelajar Komunikasi tahun 2, Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah. Major Perhubungan Awam dan Periklanan.
Showing posts with label hanayu_hanamichi. Show all posts
Showing posts with label hanayu_hanamichi. Show all posts

Friday, September 18, 2009

~~~Selamat Hari Raya~~~

ramadhan dah nak pergi..syawal pula datang.....setelah sebulan berpuasa akhirnya kita beraya...yeay!!! raya sudah ni...semua pun balik kampung masing2....kawan2 semua....mari kita kongsi kenangan di hari raya di blog ini...check it out!!!


http://hanayu-atomen.blogspot.com/

Monday, July 20, 2009

apa itu IT??

Istilah IT adalah merupakan singkatan daripada Information Teknologi atau dalam bahasa Malaysia ianya di panggil sebagai Teknologi Maklumat. teknologi maklumat bukan lah sesuatu yang asing lagi bagi seluruh masyarakat dunia. bahkan ianya sudah menjadi trend hidup masyarakat zaman ini. seperti yang sudah kita maklum, negara kita Malaysia amat menggalakkan pembelajaran dan pengajaran IT di semua peringkat sekolah. dengan kata lain, IT merupakan suatu ilmu baru yang sememangnya wajib untuk kita pelajari agar kita tidak dikatakan seperti " katak di bawah tempurung" yang hanya tahu mengenai kehidupannya di bawah tempurung yang sempit tanpa mengenali erti sebenar kehidupan luar serta cetek ilmu pengetahuannya.

IT pada amnya adalah sesuatu yang berkaitan dengan maklumat. Berlandaskan ini, masyarat yang kaya maklumat seringkali dikaitkan dengan masyarakat berasaskan ilmu. Masyarakat ini amat yakin dengan keupyaan mencari, mengguna dan menguruskan maklumat di dalam struktur dan infrastruktur sosio-ekonominya dan seterusnya menjana ilmu baru yang boleh disebar dan dikongsi bersama. Sebuah masyarakat yang kaya maklumat? Masyarakat kaya maklumat atau masyarakat berasaskan ilmu memerlukan kewujudan faktor-faktor yang boleh menyokong dan ianya meliputi lima keadaan: kewujudan persekitaran info-struktur yang sesuai, infrastruktur yang mantap dan berkeyakinan, komuniti yang celik ICT, komuniti yang mempunyai kemahiran maklumat yang berkaitan, dan kewujudan governans yang menyokong.


http://hanayu-atomen.blogspot.com/

Teknologi maklumat dan komunikasi

Istilah maklumat adalah berasaskan daripada ilmu pengetahuan. maklumat merupakan sesuatu yang perlu di suarakan kerana jika maklumat tidak disuarakan, ianya adalah suatu yang sia2 sahaja. teknologi pula berkait rapat dengan permodenan zaman hidup manusia. dengan adanya tekonologi, segala maklumat yang diperoleh mudah untuk disampaikan dan di akses oleh semua individu. dan ingatkan juga, kedua-dua istilah teknologi maklumat ini mempunyai kaitan yang rapat dengan komunikasi. ini kerana, salah satu daripada fungsi teknologi maklumat adalah dalam mengkomunikasikan ilmu pengetahuan dan maklumat. ilmu pengetahuan dan maklumat yang tidak di komunikasikan akan menjadi bahan yang sia2 kerana tidak di kongsikan dan membolehkan kita menjadi sebahagian daripada golongan yang buta ilmu dan tidak produktif.

http://hanayu-atomen.blogspot.com/