BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

About Me

My photo
Nur Badriah, Norafidah, Norehan, Norsyahrain dan Syazareen. Pelajar Komunikasi tahun 2, Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah. Major Perhubungan Awam dan Periklanan.

Monday, July 20, 2009

apa itu IT??

Istilah IT adalah merupakan singkatan daripada Information Teknologi atau dalam bahasa Malaysia ianya di panggil sebagai Teknologi Maklumat. teknologi maklumat bukan lah sesuatu yang asing lagi bagi seluruh masyarakat dunia. bahkan ianya sudah menjadi trend hidup masyarakat zaman ini. seperti yang sudah kita maklum, negara kita Malaysia amat menggalakkan pembelajaran dan pengajaran IT di semua peringkat sekolah. dengan kata lain, IT merupakan suatu ilmu baru yang sememangnya wajib untuk kita pelajari agar kita tidak dikatakan seperti " katak di bawah tempurung" yang hanya tahu mengenai kehidupannya di bawah tempurung yang sempit tanpa mengenali erti sebenar kehidupan luar serta cetek ilmu pengetahuannya.

IT pada amnya adalah sesuatu yang berkaitan dengan maklumat. Berlandaskan ini, masyarat yang kaya maklumat seringkali dikaitkan dengan masyarakat berasaskan ilmu. Masyarakat ini amat yakin dengan keupyaan mencari, mengguna dan menguruskan maklumat di dalam struktur dan infrastruktur sosio-ekonominya dan seterusnya menjana ilmu baru yang boleh disebar dan dikongsi bersama. Sebuah masyarakat yang kaya maklumat? Masyarakat kaya maklumat atau masyarakat berasaskan ilmu memerlukan kewujudan faktor-faktor yang boleh menyokong dan ianya meliputi lima keadaan: kewujudan persekitaran info-struktur yang sesuai, infrastruktur yang mantap dan berkeyakinan, komuniti yang celik ICT, komuniti yang mempunyai kemahiran maklumat yang berkaitan, dan kewujudan governans yang menyokong.


http://hanayu-atomen.blogspot.com/

0 comments: